Saturday, February 4, 2012

CINTA..

Adakah hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu ? Itu bukan Cinta, itu SUKA !
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya ? Itu bukan Cinta, itu NAFSU !
Adakah kamu inginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana ? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. !
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang ? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN!
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya ? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN !
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat ? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA !
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya ? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN !
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan ? Itu bukan Cinta, itu DUSTA !
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya ? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI !
tapii....
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tk terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya ? ITULAH CINTA !
Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya ? Jika demikian, ITULAH CINTA !
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan ? Jika demikian, ITULAH CINTA !
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat ? ITULAH CINTA !
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih ? ITULAH CINTA !
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia ? ITULAH CINTA !
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk ? Yang demikian itulah namanya CINTA !


aku mencintai dirimu bukan siapa dirimu, tapi siapa aku bila bersamamu . :') <3

No comments:

Post a Comment